31/03/2013

Memori Bukan Cinta


Perasaan,
Tiada tergenggam
Cinta terlupus mati terpadam

Peristiwa,
Yang tergenggam cuba dilepas
Terlepas tiada derai di jiwa
Jiwa dikosongkan,
memori tiada tersimpan
Tersimpan rapi disudut kecewa--



Harus bagaimana?


Carwash Labis, Segamat.
31 Mac 2013.

Nafas



Dari Satu, wujud segala
Dari Aku, Ku hembus nyawa




Rumah



bukankah kecurigaan itu terbunuh setelah kita bersapa?
lalu sapalah aku terus-terusan hingga ia luluh tak berwujud lagi di alam kita.

mahukah kerna malu kita jadi haru nantinya?

ataukah yang membataskan itu adanya kata Aku.
jadi seeloknya diganti jadi Kita.

mudah bukan?

30/03/2013

Fanatisme

Fanatisme
Membuta tuli kau percaya
Itu semua benar
Tiada wujud dusta antara kau dan dia
Antara dia dan mereka
Antara semua dan dia

Iya?
Buruk lawan
Habis tertelanjangkan

Heh?
Yang kau sanjung itu bukan tuhan
Bukan.
Tuhan.

Akan cuba.

Tiga bulan dan duabelas minggu
Aku masih lagi setia menunggu

Empat tahun dan berminggu-mingguan
Aku masih lagi mampu bertahan.

Namun,
Hanya dengan satu hari dan dua-puluh-empat jam
kau tinggalkan aku dengan satu keputusan yang kejam
Dan aku cuma terpana lalu terdiam.
Cuba menerima dangan lara yang terpendam.

Kau kata "kita putus"
Dengan pantas kau berambus
Kabur dari pandangan mata yang telus.
Lalu aku melangkah pergi
Dengan hidung yang berhingus
Dan kepingan hati yang seakan termampus
Ibaratnya tak bernyawa
Dan aku cuba untuk terima.

Cuba!
Terus mencuba.

29/03/2013

Permainan Dunia

terkaku,
melihat permainan dunia,
semua kelihatan suci,
sedang asal ditutup topeng cela,
menzahirkan indah,
mengaburi mata luaran,
saat segalanya terburai,
baru terlihat pendusta sebenar,
dan aku,
masih kaku,
melihat permainan dunia yang baru

Dendam

berpaut pada dendam semalam, 
ibarat megunci diri dalam dimensi lama, 
lepaskan dendam, 
maafkan yang khilaf,
keluar,
dan lihatlah dunia,
masih ada indah untuk dirasa

28/03/2013

Setubuh

Aku tidak pernah inginkan sempurna,
Kerana kesempurnaan adalah bibit kesepian.
Yang mengocakkan kolam perasaan.
Melempah sesal jadi derita lalu menghujan.

Sempurna hanya menjadikan kita
saling tidak memerlukan lagi..
saling menyendiri.
saling memati.

Kalau hidup mahu sempurna serba serbinya,
Apa guna Tuhan cipta syurga?

26/03/2013

Katil


Berbaring direntangan kenangan
Berbantalkan gumpal dawai emosi
Tiada lagi hati mengharum bungaan
Memori meneman berdiri disisi.


20/03/2013

Untukmu


Puisi yang aku nukilankan ini,
Untukmu.

Untukmu si bidadari hati,
Yang tak mungkin ada pengganti.

Aku rindu,
Aku sendu.

Pada kau yang sentiasa membelai hangat tubuhku,
Untuk kau yang meninggalkan aku seorang diri.

Aku mengira detik juga waktu.
Untuk menanti hari,
Kapan waktu kita 'kan bersatu kembali.

Lukisan

Telah terlakar di kaki langit;
Bulan pada senyummu

Dan di balik sisi awan
Aku melihat seorang malaikat

Yang kepatahan sayapnya--

Mengapung dan tidak bergerak

 

13/03/2013

Sa-buah kehilangan

Seorang bapa ;
Bergegas pulang
Mendapatkan seorang anak
Yang sedang lemas
Dalam sebuah kebakaran

Namun barangkali
Pergerakan bapa tidak cukup pantas
Lalu yang sempat dikendong
Hanyalah permainan kesukaan sang anak

Dan bapa tidak pernah leka---
Dari merasa kehilangan
---Yang hanya nadi-nadi hatinya
Butuh mengerti sebuah cerita sedih

11/03/2013

Satu Antara Dua





Dalam kepelbagaian rasa
Dalam harmoni kata mewarna
Hanya abadi satu rasa--

Luah kata tunggal tetap
Mohon segala tutur bait menghinggap

Yang selain dari terperangkap
dalam hitam pekat rasa dewa celaka--

Hanya satu rasa kita
dalam berjuta kerawakkan rasa
Adalah rasa jujur Cinta 
Antara kita dua.



09/03/2013

Tidak pasti

Pagi yang legap sambil menunggu yang tidak pasti.
Manusia ini bertemankan neon.
Neon yang juga mati.
Bertemankan jiwa yang dia biar mati berdiri.
Pada satu sudut bingar.
Tapi hati dia tuli.

Kirimkan salam aku pada sang matahari.
Katakan padanya, 
sentiasalah gigih berteman langit.
Biarpun langit suatu hari akan kosong.
Bertemanlah dengan melodi-melodi jiwa yang sentiasa berserah.
Pada suatu hal yang tidak pasti.

07/03/2013

Jujur Rasa Itu


Rasa aku
Dan rasa engkau
Aku mohon jangan diubah

Kerna rasa aku
terhadap rasa engkau
Ini sepenuh hati aku luah
Lebih dari apa yang diucap

Rasa aku
Tak mungkin engkau lihat

Dan rasa engkau,
aku cuba untuk menyentuh
dalam bercampur rasa takut
Aku cuba untuk selam
dalam beraduk rasa ngeri
Aku cuba untuk yakin
dalam berbaur rasa ragu
Aku tetap akan cuba percaya
apa rasa engkau,
terhadap rasa aku.


Masih dalam rasa fobia,
Aku taip dengan rasa jujur.
28 November, 03:44.

05/03/2013

Peluru Doa

Satu kelip matamu adalah satu celik mata kami
Satu gagap tuturmu adalah satu puisi bibir kami
Satu derap langkahmu yang tak berbunyi
Adalah syair-syair doa
Akan kami ringkihkan atas namamu

Sungguh! Demi tanah ini
Tanah ini---
Tanah ini---

Tanah Sabah bertuah ini
Bakal jadi semaian syurgamu

Duhai syuhada!