Kucium bau lemonade di perut langit. Malam itu hujan datang
jalang, mengheret leher nabi ke anggur dadanya. Rindumu membawa seberkas ribut. Pekat
malam bertukar warna kopi. Kuhirup rasa kopi
yang berubah menjadi marikh matamu. Berahi adalah gelang-gelang Musytari, tetapi engkau, Kekasihku, adalah qasaid-qasaid Jerusalem. Maryam, aku sedang
bersungguh-sungguh di dadamu, diam dan dalam-dalam kuhidu segala rasa nikmat. Seperti
rasa sayup ketika engkau membisikkan surah Al-Imran kedalam nafasku. Kau membacakan sabda 133 sampai 134, di malam
sebegini sundal, ketika kaki langit hujan berbau lemonade, beberapa hari yang
lalu.
Aih, ada sisa pasir di hujung bibirmu (kerana kata-katamu
laut?). Bibirmu tak semerah semalam,
hari ini kau menahan lapar untuk Tuhanku. Buah-buahan di biaramu diratah ulat. Kulit tauratmu tinggal sagu. Dan aku melihat kantung susumu menjadi tua di surah Al-Rahman.
Irhamna, irhamna ya Maryam..!
(Kau mendekatkan lidahmu ke telingaku, dan kita bersatu
seperti ciuman sagu hati di depan Gibralta, Sevilla.
Layar-layar terbakar menjadi sabuk di sela kuku kita. Lalu mata kita saling bertukar pidato, lalu... eh, Sungai Gangga mengalir kemana?)
Irhamna, irhamna ya Maryam..! Hampir-hampir kafir Quran ku membaca
cintamu.