26/11/2013

Semalam yang hilang

dia menapak sendirian
mencari kasih semalam yang hilang
dan kerinduan adalah sepatu
yang membawa dia terus berjalan
jauh.

Tuhan, dia hanya mahu yang semalam
tak usah diberi yang baru
kerana yang semalam itu cukup.
di mana Kau sorokkan semalam dia Tuhan?

apa dia tidak cukup sempurna buat semalam?
maka, ajarkan terus
biar dia punya segala di mahu semalam
biar tidak hilang.

Tuhan, dia bertanya
di mana semalam
Tuhan?

1 comment:

NurKamillya said...

mungkinkah semalam benar-benar telah hilang.
atau sebenarnya dia sendiri menjauhi?

tuhan, selalu menanti rintihan. untuk hadiahi dia semalam, bahkan yang lebih indah dari semalam.