20/11/2013

Hajat menjadi Tuhan

     Sore yang perlahan.
Sayup bunyi azan pada celahan         hujan yang berlumba-lumba.
Tanpa kopi, teh, mahupun kretek; rutin klise.

Teman sore dengan cerita rakyat.
Tentang isteri si miskin berhajatkan menjadi kaya,
lupa diri dan mahu menjadi raja.
Bermegah dan mahu darjatnya diangkat menjulang nama maharaja.
Tanpa pernah puas, kini senang menjadi Paus. (bukan sejenis ikan)

Semua hajat riaknya dikabulkan ikan sisa nabi yang nyaris menjadi santapan tengahari. Dilepaskan kembali oleh si suami kerana belas kasihannya terhadap ikan yang mampu berkata-kata.

Dan Paus yang dulunya isteri
si miskin,
berhajatkan diri mengawal terbit dan tenggelamnya matahari.

Hajatnya yang terakhir.

Dalam sekelip mata kembalilah menjadi isteri si miskin yang tinggal di pondok kecil di sudut kampung.

         Dan hujan pun reda.