08/09/2013

Manusia Bertopeng

Dan mereka, terusan bersama lipat lipat pura bertindih
Depan belakang yang tak serupa
Di carik hias sama palsu bicara.

Dan mereka, terusan bersama rasa narsis meraja ruah
Tiap bait disusun nista
Melukis robek-robek dusta

Sampaikan bila mahu
Terusan mengatas tinggi diri
Di awan jauh meninggal
Tapak tapak lumpur
Dihenyak kaki
Dipuji keji sama semua ditunjal tunjal
Percaya rasa
Hilang mati peribadi ditinggal
Iri mendakap sampai nanti
Sampai mati.

2 comments:

Faaeinz said...

Manusia bertopeng. Siapakah?

*Hai EncekGadis.. *lambai-lambai dari jauh*

encekgadis said...

hang la manusia bertopeng aku faien. lambai balik hek3