23/08/2013

kau yang semalam

kau adalah semalam
yang pergi
dan tak akan pulang.

membawa seluruhnya milik aku
meninggalkan cuma parut
tak mungkin sembuh.

menerajang rindu sebagai teman
membiar terkapai tanpa digapai
mendera tiap degup berantakan.

kau adalah semalam
yang pergi
dan tak akan pulang.

2 comments:

Manusia Kaktus said...

Tertarik dengan ini.

MEGAT KHAIRULIZWAN said...

semalan aku tinggalkan, kedepan aku harapkan.