19/02/2013

rapsodi yang lupus


dalam berat kumulonimbus
berat lagi hatiku tertimbus
dek hal remeh berhembus
sentiasa sarat mahu meletus.

tika kumulus mengurung nimbus
aku terperangkap dalam jerlus
mana pergi rasional telus
ditimpa emosi bertali arus.

dan hujan kini serius
bagai mahu taburi bius
ke dalamku penuh fungus
tenggelam dek banjir hiatus.


4 comments:

Karl Miller said...

"tika kumulus mengurung nimbus
aku terperangkap dalam jerlus
mana pergi rasional telus
ditimpa emosi bertali arus."

Well said.

M said...
This comment has been removed by the author.
AdinataGus said...

penulisan serius

APi said...

maaf, penulis sedang khayal tika itu.