28/02/2013
Hai, Cinta!
Cinta,
Segalanya buat aku,
yang bernama, Hati
Moga kau merasa
arus gelombang frekuensi
Rindu yang aku benam
Sedalam-dalam diri
Cinta,
Rasakan roh jujur ini
Cuba selam segala jiwa
Moga kita perpautan hati
Cinta,
Nyata kau segalanya
Buat aku,
yang bernama, Hati.
21/02/2013
Seorang matahari yang lelah
Sebaris puisi;
Untuk matahari
Berbaringlah;
Berehatlah
Kau juga insan;
Dan peminjam suara Tuhan.
- Kuala Lumpur
19/02/2013
Aku lah!
Aku adalah ritma
Aku adalah cinta
Aku adalah rumput-rumput basah
Yang menjadi payungan semut-semut kecil
Serta hamparan pembaringan
Duduk tiarap badan sang kekasih
Aku adalah lampu
Aku adalah air
Aku adalah cahaya
Aku adalah bendalir
Aku adalah satria
Raja di rimba
Teragung di samudera
Penguasa tanah paya
Akulah nadi - Akulah! Akulah!
Aku adalah vakum
Serta udara tersejat
Aku adalah lohong-lohong angkasa
Serta pemuja setia syurga
Aku adalah aku --
Yang berpijak pada bait sejadahmu
Tika kau tunduk ; patuh bersujud
Aku lah tujuanmu!
- Sungai Petani, Kedah
rapsodi yang lupus
dalam berat kumulonimbus
berat lagi hatiku tertimbus
dek hal remeh berhembus
sentiasa sarat mahu meletus.
tika kumulus mengurung nimbus
aku terperangkap dalam jerlus
mana pergi rasional telus
ditimpa emosi bertali arus.
dan hujan kini serius
bagai mahu taburi bius
ke dalamku penuh fungus
tenggelam dek banjir hiatus.
Lempar hujan batu
Kau tak tahu apa itu cinta,
kau tak tahu apa itu rindu,
yang kau tahu cuma,
tadah hujan batu,
dan lempar pada aku.
kau tak tahu apa itu rindu,
yang kau tahu cuma,
tadah hujan batu,
dan lempar pada aku.
17/02/2013
Lagi.
Berderai satu satu isi hati, jatuh ke tanah.
Berkecai.
Terlapah satu satu emosi, menitis airmata kecewa.
Merintih.
Dan sejadah ini saksi.
Hari ini, seperti sebelumnya, aku mati, lagi.
2
"New day, new journey.."
Deras sapaan terik,
Membakar perit kulit.
Sakit--
Sakit--
Refleksi cumbu rayu,
Membungkam hati sayu.
Bisu--
Sisa sisa bunga,
Tepi jalan raya,
Dengan pekikan manusia,
Buat aku hilang, karam, tenggelam.
Buntu--
Aku buntu.
Aku buntu.
Kalau
Dulu aku lestarikan rasa,
untuk dia insan pertama,
yang dalam lelap pun buat aku tertawa.
Sekarang aku lempiaskan kata,
menyusun asksara, demi dia,
yang hatinya teranjakan tiba tiba,
dengan alasan yang entah apa celaka,
mahu berhaluan sendiri tanpa cinta.
dan kalau aku bisa jalan pelan pelan,
Undur masa kebelakang,
Akan aku tangkap hati sendiri,
Biar tak ditekan, dironyok sampai biru sebegini.
Tapi kalau ikut kalau, pig pork pun boleh terbang, ye dak?
Pari-pari dalam realiti
Kertas kosong itu aku renung,
konon akan datang
pari pari memberi magisnya,
yang mana mata pena
menari-nari,
menyusun kata
dan aku hanya tahu duduk diam.
memerhati
sambil hati berzikir meluah cinta.
Usai tenung
aku tersentak.
Tenungku tidak mendiamkan tubuh
dan di atas kertas kosong itu
tertulis satu nama.
Kamu.
konon akan datang
pari pari memberi magisnya,
yang mana mata pena
menari-nari,
menyusun kata
dan aku hanya tahu duduk diam.
memerhati
sambil hati berzikir meluah cinta.
Usai tenung
aku tersentak.
Tenungku tidak mendiamkan tubuh
dan di atas kertas kosong itu
tertulis satu nama.
Kamu.
Apa Sebenarnya?
Kamu kata aku yang paling kamu cinta.
tapi
dalam diam kamu bersama dia.
Kamu kata aku bidadari dari syurga,
tapi
dia yang kamu puja.
Kamu kata kita bahagia bila bersama,
tapi
dia yang kamu tabur manja.
soalnya.
aku ini sebenarnya apa?
tapi
dalam diam kamu bersama dia.
Kamu kata aku bidadari dari syurga,
tapi
dia yang kamu puja.
Kamu kata kita bahagia bila bersama,
tapi
dia yang kamu tabur manja.
soalnya.
aku ini sebenarnya apa?
Imam di February
Pada hemah mu
aku terharukan.
Pada sopan mu
aku terpukaukan.
Pada tutur mu
aku terkakukan.
Pada personaliti mu
aku terpesonakan.
Terima kasih..
pada kamu
yang berjaya
membukakan pintu hati
yang sekian lama terkunci
dalam mencari redha Illahi.
aku terharukan.
Pada sopan mu
aku terpukaukan.
Pada tutur mu
aku terkakukan.
Pada personaliti mu
aku terpesonakan.
Terima kasih..
pada kamu
yang berjaya
membukakan pintu hati
yang sekian lama terkunci
dalam mencari redha Illahi.
16/02/2013
Mereka Kata, Aku Rasa.
Mereka kata, masa 'kan mengubati.
Mereka kata, semuanya akan baik-baik sahaja.
Tapi, mereka hanya bijak berkata-kata.
Yang menanggungnya, aku.
Yang merasainya, aku.
Yang lukanya, aku.
15/02/2013
Bangkit
Tiada seorang pun mahu
menikmati saat-saat kejatuhan.
Tapi aku meminta agar saat itu datang kepadaku
biar aku sedar,
hidup bukan sekadar
persinggahan untuk kebahagiaan.
Jahanam.
Hati ini kaca untuk kau campak ke lantai
Berkecai
Jiwa ini sampah untuk kau buang
Bersepah
Nah kau hancurkanlah
Binasakan semahunya
Aku berikan percuma
Semoga kau jahanam
Di sana.
Ya,
Jahanam.
Berkecai
Jiwa ini sampah untuk kau buang
Bersepah
Nah kau hancurkanlah
Binasakan semahunya
Aku berikan percuma
Semoga kau jahanam
Di sana.
Ya,
Jahanam.
14/02/2013
Kaku
Aku tidak puitis
Puisi ku lesu
Aksara ku beku
Jiwa ku ngilu
Hati ku bisu
Akal ku tepu
Dan aku menulis dengan tangan yang kaku
13/02/2013
Rangkulan Bulu Putih
Diundang tanpa tangisan
Dijadikan harapan sang mama
dan papa
Aku tidak pasti
Inikah jalan yang sehala
atau bisa u-turn
Telah aku katakan pada
engkau
Hembusan angin karbon
monoksida itu kejam
Melumpuhkan seluruh
paru-paru sedia bengkak
Terbaring dan telanjang
Anak patung beruang putih
yang matanya tertutup bulu sendiri
Terlantar kaku bisu
Dipeluk aku hingga lemas
Meronta-ronta dia ingin
terlepas
Aku menangis di bahunya
Aku muntahkan hati
bertakung air mata
Dia bingung
“kali ini air mata kau
penuh rasa duri dan berbau pedih”
Ujarnya pilu
Dia himpunkan bala tentera
Memanggil guru – guru alam
Si pengamal hidrosfera
Si penyelidik biosfera
Juga si pengkaji lithosfera
Dibentangkan segala
khazanah
Digali segala harta
namun aku masih memeluk
peha
merangkul tubuh bulu si
patung beruang putih yang matanya tertutup bulu sendiri
Penemuan
Aku temukan satu puing,
menjentik kuat isi hati,
menggoncang kencang
putar ligat memikiri
apa ini satu jalan benar.
lurus selurus buluh,
atau hanya serapuh lidi?
12/02/2013
Kalau ada orang yang percaya kau, cinta lah dia.
Kalau ada orang yang nampak kau waktu kau takde, cinta lah dia.
Kalau ada orang yang sanggup teman kau waktu kau susah, cinta lah dia.
Kalau ada orang yang paham liku gerak hati kau
Buruk bangsat perangai kau
Jijik sial rahsia kau
Betapa kotor-nya pikiran kau
Apa yang kau buat bila kau sorang-sorang
Dan naluri mengada-ngada kau
Cinta lah dia.
Sebab selain daripada mee segera, cinta itu kasyaf.
Kalau ada orang yang nampak kau waktu kau takde, cinta lah dia.
Kalau ada orang yang sanggup teman kau waktu kau susah, cinta lah dia.
Kalau ada orang yang paham liku gerak hati kau
Buruk bangsat perangai kau
Jijik sial rahsia kau
Betapa kotor-nya pikiran kau
Apa yang kau buat bila kau sorang-sorang
Dan naluri mengada-ngada kau
Cinta lah dia.
Sebab selain daripada mee segera, cinta itu kasyaf.
Sanding
belum lagi bertukar kata.
belum lagi kenal budi bicara.
tapi nekad sudah ingin kekal bersama?
apa ini mimpi dalam realiti?
belum lagi kenal budi bicara.
tapi nekad sudah ingin kekal bersama?
apa ini mimpi dalam realiti?
09/02/2013
Perkara Biasa vs Luar Biasa
disepak-terajang itu perkara biasa
dimaki-hamun itu perkara biasa
diperkotak-katikkan itu perkara biasa
dibiarkan sendiri itu perkara biasa
diberi perhatian dan kasih sayang;
itu luar biasa.
Kongsi
Biar sampai akhir kita berpuisi,
Biar sampai mana pun kita berkongsi rasa,
dari setiap sisi.
Kerna disitu tersiratnya sarat makna.
Majas-majas indah.
Pengertian untuk maksud.
Maksud untuk pengertian.
Mampu berkongsi sama jiwa asing.
Itu anugerah tuhan.
Permulaan
di sini adalah permulaan kami
kami, insan-insan tanpa nama
yang mendendang puisi
yang mencoret rasa
Subscribe to:
Posts (Atom)