Engkaulah – sepasang tangan yang muncul di celah-celah kitabku. Namamu hujan, suaramu adalah al-Syazili yang sedang bersuluk. Aku adalah sekuntum sungai dalam hutan yang sedang kaupeluk.
Sebab namamu hujan. Engkau akan membakar kemarau yang membanjir dalam hatiku. Maka sekiranya;
1. Semalam aku tertidur, engkau adalah terik bianglala yang membangunkanku
2. Semalam aku terduduk, engkau adalah seekor kupu-kupu yang membawa kuterbang
Tidak takutkah aku nanti, bila angin datang menghentikan gerimismu – suaramu –
Lalu tercerai ekor kupu-kupumu, atau wafat warna-warnamu?
Tidak, tidak. Insya Allah yang tidak-tidak. Kuumpamakan al-Syazili yang terlupa, barangkali separuh fana,
lalu karam menjadi Hizib,
seperti itulah aku laut,
yang akan menjadi tawar untukmu.

1 comment:
Sungguh sedap puitis tuan 👏🏻👏🏻👏🏻 Semoga tuan diberi ilham untuk berpuitis akan datang
Post a Comment