Eh Samad
Cakap kau banyak dusta,
Tak terhitung dah aku rasa
Tangan kau banyak cela,
Tak ada satu pun yang aku boleh kata cara.
Jalan kau semua tak kena,
Terus-terusan menapak ke neraka dunia.
Eh Samad
Berhenti guna telinga
Sebab omelan mereka;
Tak ubah macam angsa.
Buatlah apa saja Samad,
Mereka lebih celaka
Peduli jadi berbeza.
Eh Samad
Sekali-sekala cakap dengan Tuan kita,
Kau juga mahu syurga.
-Feb 28
Aminah
No comments:
Post a Comment