06/08/2013

Seorang yang hilang, dirinya.

sejahtera ke atas kamu
otak menerawang terbang dan terbang.
terpendam sa-orang.

dalam aku gejolak lama
semua dikawal dihalang
ditunjal tunjal pikir aku pada penerimaan sekeliling
apa hidup aku tidak dihakkan pada aku?
dimilik pada DIA satu itu aku tahu.

semakin aku cuba menekan untuk menerima
semakin tertolak ke atas hampir meletus kesabaran.

sehari-harian teman aku kian tiada
terlalu sibuk pada perkara-perkara yang tak pernah buat aku ketawa

aku seolah bernyawa pada satu jasad yang entah punya siapa
kosong lohong jiwanya.

terasa berdiri ditiup angin terlambai ke kanan kiri bersepai ke sana sini
mengapa perlu ketawa dipermain apa aku rasa
apa cinta aku.
apa aku mahu curah segala

aku bosan
dengan rasa jahanam ini
tak pernah kau faham
apa rasa
punya diri tapi tak dipunyai
apa kau tahu
apa difaham?

3 comments:

Lelaki said...

peh.

Anonymous said...

hebat...
nukilan ini terasa dekat dengan diri

encekgadis said...

cerita kita sama =)