07/06/2013

Sajak dan klcc, bangkuanmu kosong.

Di sebuah makam
Tertampal sebuah peringatan
Yang tertulis

"Takdirmu, penyair
Hanyalah hati
     -hati yang kosong

Tidak ada yang akan mencarimu
Tidak ada yang kan mengubat
Sunyimu

Tulisanmu akan dibaca berulang
     -ulang untuk disantap hati
Hingga pipi mereka sejuk dan menangis

Namun takkan ada yang
     Ingin menyantap hatimu
      Hingga pipimu sejuk dan tangismu berteman. "

4 comments:

penjajah minda said...

menyebut rasa hati
buat hiburan mereka
namun hati sendiri
tak lekang dek luka

elham rebel said...

:) moralnya jangan jadi penyair kalau kau nak bermimpi ada byk kawan.

Baihaqi Saharun said...

dunia penyair bukanlah dunia kesunyian. penyair hanya mencatatkan tentang dunia. yang telah lama menyepi.

Anonymous said...

Penyair tak pernah sunyi. Unsur alam dan bumi sentiasa menemani. Hiruk pikuk dunia sentiasa mengerti. Barangkali penyair ini terperangkap dalam satu kawasan gelap. Usai nanti penyair bakal sedar ramai sebenarnya temanan nya di dunia.

:)