13/05/2013

Warkah untuk bonda

Bonda wanita paling hebat,
Bonda wanita paling kuat,
Bonda wanita paling sabar,
Bonda wanita paling jelita.

Kau masih ingat,
saat kau mendedangkan aku bermacam lagu, bermacam irama,
Agar anakmu yang banyak laku, tidur walau sekejap cuma.

Kau masih ingat,
saat kau berjaga malam hanya untuk menarik selimut pada 3 pagi
Agar anakmu yang banyak laku ini tidak diratah kesejukan.
Agar membesar sihat, tidak tersungkur dijalan.
Tapi aku akan tetap ingat, bonda juga isteri yang setia.
Menongkat segala rasa, menahan keluhan, menyeka air mata,
saat menjaga ayahanda yang suatu ketika tidak berupaya.

Saat itu,
Bondalah ibu.
Bondalah ayah.
Bondalah isteri setia.

Selamat Hari Ibu. :)

2 comments:

Siti Zafira said...

Mendiamkan yang membaca. Terkesan. :')

hana hani said...

:)