30/06/2013

Lemas

Tolonglah lepas aku
Rangkulan kejap kau
Rimas melemas
Tolonglah
Nafas aku
Suu
      Dah..
Separuh.

Lepassssssssssssssssssss!!!!!!

takziah sayang.

Bebaskan
Suara gersang mu
Kau pinta

Lepaskan
Jiwa bara mu
Kau kata

Disodok pergi segala
Toleransi
demokrasi
Hipokrasi

Kau menyuruh lepas kemudian kau lawan
Kau meminta bebas kemudian kau tawan

Apa jenis perjuangan
Bibir kau zahirkan?
Apa jenis perjuangan
Ingin kau juangkan?

Sekadar kata kata hamismu
Bacin, sayang.
Sekadar nista burukmu
Busuk sayang.

Dan sekadar otakmu tanpa akal berguna
Takziah sayang

Kebumikan dia bersama kamu
Dijuang kau hanya dirimu
Terlacur sayang.

Kasihan.

26/06/2013

Semut Kecil



Tidak dilihat,
Tidak dipedulikan,

Dalam lautan manusia,
semut itu berteriak,
berlari,
mengelak dari dipijak,
dia ketakutan,
kecil,
rendah,

dia sedih,

manusia jalan tidak mahu melihat bawah,
melihat yang melata,

25/06/2013

lepaskan.

Setapak 
dua tapak
tiga tapak

tersepak 
penyepak menyepak
sentak!

tak guna!
kau terajang aku
jauh
sakit lah
tak guna!

itu yang kau ikat
aku kuat
lepaskan!



feer ; of her smirk that paints a painting

(in my imagination)

so one day
we sat by the bench
enjoying the temperature
and started to talked about
silly things
politics
science and ;
god.

"molecules distribute" she said
"and that was according to maxwell-boltzman"

"i dont like him, he's a jew"
i (tried) to joke

i laughed first at my own joke
but she only smirked

then i realized;
even if i'm born to paint
or handed with a sharpest pen
i could never draw
the beauty of her smirk that day.

21/06/2013

Pulang

Dalam perjalanan pulang,
Masa ini perlahan,
aku cuba membunuh waktu,
dengan segala usaha yang termampu,
moga cepat sampainya aku,
terlalu rindu,
mahu menatap wajah kesayangan,



sebuah rasa sudah tiada

Disetiap bait terlahir tawar
mengkehendak irama jiwa mati
gelandangan,
suara dalam hilang punca

Berdiri satu tubuh kaku
punya nafas tanpa udara
meninggal,
sebelum ajal.

sebuah rasa sudah tiada.
sudah tiada
rasa
sudah
tiada.

Tiga

Persepsi
apa dipandang dia
Interpretasi
apa dinilai dia
Ilusi
apa dibayang dia

Ketiga-tiganya
yang mana?

dipandang, dinilai, dibayang
maka,
di ketiganya yang mana?

20/06/2013

Langit Mega Jingga


Di bawah langit mega jingga
                        kita beriringan sambil ketawa
bercerita tentang peristiwa
                       masa masa lalu
yang indah serta lucu.
Namun di                                            penghujungnya
masih terdengar esak bersisa
kerna kita punya mimpi
                      yang belumpun kita peluki.
Dan sebolehnya aku ‘kan lari
kerna  p  a  r  a  n  o  i  a  dan   i  r  i
kita sekarang 'kan jadi tidak lagi
andai kubuka segala                              rahasia
yang kusimpan kemas dalam laci
kita ‘kan berlainan nanti.

Aku takut
                       aku mahu lari
kerna aku                                             sayangkan
waktu dan saat ini.
Dikit kataku nanti
                       memungkinkan
aku tidak mampu lagi
kecapi   m   o   m   e   n   seperti ini 
beriringan di bawah                                langit mega jingga
sama-sama ketawa, gembira.

                      Apa kita di awalnya
begituku harap di akhirnya.


19/06/2013

Epiphora


Di sela rekah dermis dukaku yang berdarah.

Mampukah masa memujuk platelet bertemankan erythrocyte
menyelimut derita agar haemostasis merayu aku hingga melupa
parut lama?

parut ini.
parut memerang diri
jasad sendiri.

Peperangan ini telah berlaku terlalu lama di daerah basal ganglia.
tanpa sedar deritanya merebak,
meranapkan lagi jauh ke ujung ufuk prefrontal cortex.
hingga alam mulai sepakat
membisikkan kegilaannya

peperangan ini hanya melaungkan keperitan.
agar gerombolan substans P berganding glutamate
mendengungkan lagi gema bayangan
torehan-torehan luka
di kamar ruh.
yang tabah berdegub
menghidupkan tubuh

laungan itu disambut pedih membingit
gelendangan,
wanita-wanita,
anak-anak kecil
yang kesedihan
di kepulauan lakrimal.

pulau itu akhirnya, karam
dengan tangisan mereka.



17/06/2013

Ayah,,, selamat hari bapa

Ayah,
hari ni hari bapa,
tiada ucapan melainkan titipan doa buat ayah,
moga doa-doa ini menjadi puisi terindah buatmu,

ayah,
adik rindu ayah,

rindu mahu kucup pipi ayah setiap kali ayah pergi kerja,
rindu mahu bermain tutup mata dengan ayah,
rindu mahu berpimpin tangan dengan ayah,
rindu mahu meronda moto berdua,

adik cemburu melihat orang lain yang berpimpin tangan sama ayah mereka,
adik sedih melihat ibu meniti kehidupan seorang diri,
menagis kerinduan,
di lewat malamnya,

ayah,
selepas ayah tiada,
tiada lagi bunga mawar di rumah kita,
tiada lagi haruman mawar penyeri rumah,

ayah pergi membawa separuh dari jiwa kami,
adik rindu belaian dari seorang ayah,


ketahuilah,
ketika kerinduan ini terlalu dalam,
adik akan melihat cermin dan mencari ayah di dalam diri,
kerana kata emak,
adik persis ayah,
rupa dan perilakunya,

selamat hari bapa buat ayah,
moga di sana nanti kerinduan ini akan temu penamatnya

Al fatihah untuk ayah dan semua yang telah pergi,

15/06/2013

Cinta Menila


Tafsir sendu menagih kasih
Kasih hilang dalam bayang
Bayang rindu dibelai masih
Masih cinta tapi dihalang.

Sucinya cinta mengait sukma
Mengait erat walau sebenang
Walau derita membanjir mata
membanjir rindu buktiku sayang

Bulan lama melagu sepi
Lama sungguh dipagar awan
Sungguh dingin dimalam hari
Dinginnya taqdir tiadakan terlawan.







14/06/2013

Hurikan empat malam

i.
 Aku terbayang memelukmu erat, 
sambil mengkumam pangkal rokok dari bibirmu,
 dan dalam kehangatan 
kita berbicara ttg revolusi dan freedom.

ii.
Diantara tilam dan jari kita sayang, akan ada protes dan riot meliar
Aku ingn menjadi lelaki paling jahat 
disamping bau asap morfin di lehermu.

iii.
Disuatu malam
Rindu benar-benar membakar
benakku,
 "Rindu itu suatu profanity" tulisku
 "Hati yang menangis, tanpa berpayung" habis catitku di pengujung nota,
 penuh sinikal.

iv.
 Nanti di satu senja
 kaukan lihat seseorang mengemis
 di bawah rumahmu ;
"sedekahkanlah aku sekuntum hari yang bahagia" ujarnya
 akulah orang itu -andai kau pergi

11/06/2013

Soneta Mimpi

Dengan nama Allah yang maha Pemelihara.


Gelap malam damaikan segala,
jangan pula dipecahnya sepi,
rembulan pergi meninggalkan semesta,
berterbangan sama puing-puing mimpi,
langit luas diterangi sinar matari,
menerangi seluruh daerah kelam,
membangkit kekuatan segenap sanubari,
dibawanya pergi rasa suram muram,
lena aku dibuai mimpi,
hingga takut meredah realiti,
pimpinlah daku mengharungi.
jasadku bangkit dini hari,
menanam niat tempuhi semua,
agar bisa menjalani semula.

[Soneta Ben Ramli]
[Jam 0432, Hari 11062013]

Sepotong mataari untuk sarapanmu, feer

Di mukasurat 136 baris ke 22 ; aku menulis sepotong rahsia
dalam tulisan italic kecil-kecil

"Oh! Aku terbangun di suatu pagi melihat ladang kristantum dan steviaku sambil merindui sungai merah pada bibirmu

Mengingat lautan senyummu di tengah ladang yang damai cukup menjadikan aku seperti seorang penyair agung ; yang mana sajaknya tidak terhabis selagi senyummu itu tak berkesudah"

Toreh

-Dengan nama Allah yang maha Mengasihani-

Kutoreh-
perit hati biar tak berjangkit,
takut nanti s e m u a  sakit.

Kutoreh--
dalam-dalam moga tenggelam,
biar sampai d a l a m.

Kutoreh-
segala duka lara,
agar tiada terluka.

Kutoreh
dengan rasa,
rasa jualah apa dijiwa.

Asalkan bukan dia-- kutoreh.
Janji bukan dia-- tertoreh.
Tidak mengapa aku ditoreh.

10/06/2013

Selamat sayang

Lopak lopak kering sudah basah
Dipenuhi darah.
Hanyir menerjah hidung yang sudah rompong
Dari jauh aku lihat kau terjelopok lesu.
Kau sakit sayang?

Kau tikam aku
Dia bunuh kau
Kau sakit sayang?

Dunia ni adil.
Kan sayang?

Selamat meninggal
Sayang.
Semoga lebih seksa mendatang.

Yang, sayang.

Tulisan

Tulisan-tulisan di atas kertas yang sudah pun kekuningan,
berharap akan terluah sebuah jiwa baru buatmu, tuhan.
Tulisan-tulisan di atas kertas yang sudah pun lusuh,
berharap agar segala masa lalu telah pergi selamanya.

Mungkin tulisan ini tidak menggambarkan keikhlasan mahupun ketulusan,
tapi ketahuilah,
tulisan-tulisan ini datang dari hati,
yang mengharapkan dan pasrah pada tuhannya.

Cenderawasih


Hitam gagak menghinggap bangkai
Menaruh kasih sama Cenderawasih
Andai cinta habis dituai,
Mungkinkah bahagia mampu terbenih?


09/06/2013

Dia dan Buku Catatan

Buka catatan yang sama dibaca ulang-ulang kali,
dia marah,
dia sesal,
dalam kerinduan dia meratap,

kata empunya buku,
"Jika kau rindu, aku tinggalkan aksara bisu ini. cari ruh-ruh aku di dalamnya, moga terubat rindu mu"'

Dia kembali melihat buku,
Rindu yang memberat masih tetap memasung dada,
Kerinduan yang panjang ini rasanya tiada pernah tamat.
Buku ini hanya bisa merawat tapi belum mampu memberi penawar.

Pantun #1

Burung gagak terbang tinggi,
Ikan berenang ke dasar kelam;
Mekar sungguh kelopak bunga di hati,
Makin dalam cinta yang di tanam.


Petrichor


hidulah bauan hujan.
bau yang mengimbau
masa lalu
bauan asal usulmu.

selagi lempung ini bernyawa
selagi itu kita terlupa.


Bayang



Bermain dengan si kucing
anak kucing mengiau;
diterkamnya.


Dimain anak kucing
ada mata melilau;
menerkamnya.

07/06/2013

Sajak dan klcc, bangkuanmu kosong.

Di sebuah makam
Tertampal sebuah peringatan
Yang tertulis

"Takdirmu, penyair
Hanyalah hati
     -hati yang kosong

Tidak ada yang akan mencarimu
Tidak ada yang kan mengubat
Sunyimu

Tulisanmu akan dibaca berulang
     -ulang untuk disantap hati
Hingga pipi mereka sejuk dan menangis

Namun takkan ada yang
     Ingin menyantap hatimu
      Hingga pipimu sejuk dan tangismu berteman. "

abadi

bisikanmu telah jadi tatu
di dada bulan,
hingga ia memawar malu
lalu menyorok dibalik awan.

surat-suratmu pula telah jadi kitab suci
zikiran seluruh penduduk langit

maka berdengunglah
seluruh isi langit
dengan gema
cinta
rindu
dan sayang

hinggakan bumipun menyambut
keramaian.
dengan hangat mentari
dan senyuman pelangi
zaman
berzaman

06/06/2013

Dia

Kulihat
Di
Bulu kucingku
Kutu-kutu
Bertempiaran
Dan air mata
Kerinduan

Kulihat
Di
Bulu kucingku
Harapan
Yang sepergunungan

Kulihat
Di bulu kucingku

05/06/2013

Kencah Pidana

Dalam kencah pidana,
manusia rebah,

si egosentrik bebal,
mahunya saja dituruti,

segala makin pincang,
melebur bersama aman,

bersisa kini,
kota berdebu separa musnah,

#Pidana-kejahatan

ambang pisah


Aku paling benci
bila tibanya
detik perpisahan
kerna ia adalah
saat duka
yang menyebalkan.


suatu petang
ruang legar umum


04/06/2013

Feer 2

Seseorang menceritakan
kepadaku bahawa pada satu hari
Tuhan telah menciptakan
Sebuah laut dimana
Manusia boleh membuang rindu
Ke dalamnya

Saban hari jutaan manusia bercinta
Berkumpul dan berdiri di pantainya
Membuang rindu dan perih getir
Masing-masing

Sementelah, mengikut cerita
Sesiapa yang terjatuh ke dalam
Laut tersebut pula
Akan merasai betapa perit
Dan terhimpitnya rasa sebuah rindu

Aku pernah kesana feer, jutaan kali

Pantainya cantik

Nanti akan kubawa kau
Dan humbankan kaukedalam sana

Moga-moga kau akan mengerti! :)

Anak kecil yang menunggu ayahanda.

Langit itu yang dia pandang.
Sangkanya pandangan itu menjengah Marikh.
Senyum, terukir dua lekuk lesung pipit.

"Kecacatan paling indah."
Itu pesan ayahandanya,
paling akhir.

Yang jatuh dari matanya kini seakan berlian.
Dibiar kering dipangkal dagu.
Masih tersenyum dan menunggu ayahandanya pulang setelah berminggu.

Anak kecil yang masih belum ngerti apa-apa.
  Belum..

03/06/2013

Feer 1

"Terima kasih, gurun savanah hati telah ditumbuhi bunga dan hujan turun dengan selebat-lebatnya" tulisku.

Surat itu siap dilipat dan tercatat di atas sampulnya ;

"Surat Untuk Tuhan"

Altruist


Izinkan aku menjadi tanah semula.
menjadi yang tak berupa.
yang tak dikenali sesiapa.
hanya menyubur
menumbuh
untuk sebatang
yang merendang
yang membahagiakan
semua.






02/06/2013

Sajak orang birahi.

Ayuh, sayang Bibirku kan menjadi kandil
yang siap membakar

kujuran tubuhmu

Dan di pelusuk dadamu
kulihat ada titis peluh
yang sedia kuteguk 

bagai arak
yang tak berkehabisan

Aku ingin melihatmu dalam gelap




Ayuh, sayang!