Ayah,
hari ni hari bapa,
tiada ucapan melainkan titipan doa buat ayah,
moga doa-doa ini menjadi puisi terindah buatmu,
ayah,
adik rindu ayah,
rindu mahu kucup pipi ayah setiap kali ayah pergi kerja,
rindu mahu bermain tutup mata dengan ayah,
rindu mahu berpimpin tangan dengan ayah,
rindu mahu meronda moto berdua,
adik cemburu melihat orang lain yang berpimpin tangan sama ayah mereka,
adik sedih melihat ibu meniti kehidupan seorang diri,
menagis kerinduan,
di lewat malamnya,
ayah,
selepas ayah tiada,
tiada lagi bunga mawar di rumah kita,
tiada lagi haruman mawar penyeri rumah,
ayah pergi membawa separuh dari jiwa kami,
adik rindu belaian dari seorang ayah,
ketahuilah,
ketika kerinduan ini terlalu dalam,
adik akan melihat cermin dan mencari ayah di dalam diri,
kerana kata emak,
adik persis ayah,
rupa dan perilakunya,
selamat hari bapa buat ayah,
moga di sana nanti kerinduan ini akan temu penamatnya
Al fatihah untuk ayah dan semua yang telah pergi,
3 comments:
terasa sampai ke qolbu :(
sama.. perasaan yg sama.. terlalu rindu, sama seperti yang kamu rasa.
aku juga rasai ini. meremang aku baca. malah sedih teringat pada arwah papa aku juga.
Al Fatihah..
moga aman jiwa-jiwa mwreka yang sudah ke sana
Post a Comment