Seseorang menceritakan
kepadaku bahawa pada satu hari
Tuhan telah menciptakan
Sebuah laut dimana
Manusia boleh membuang rindu
Ke dalamnya
Saban hari jutaan manusia bercinta
Berkumpul dan berdiri di pantainya
Membuang rindu dan perih getir
Masing-masing
Sementelah, mengikut cerita
Sesiapa yang terjatuh ke dalam
Laut tersebut pula
Akan merasai betapa perit
Dan terhimpitnya rasa sebuah rindu
Aku pernah kesana feer, jutaan kali
Pantainya cantik
Nanti akan kubawa kau
Dan humbankan kaukedalam sana
Moga-moga kau akan mengerti! :)
7 comments:
kau rindu dia.
Ya. Terlalu. :)
Kalau boleh, aku pun mahu cari laut tu.
Ikut lah aku :)
Ikut lah aku :)
nanti kau juga yang aku campak dalam laut tu.
Haha kenapa?
Post a Comment