Pada setiap kau didekatku
adalah debar jantung yang tak terhitung
membekukan kaki dan hujung jari.
Pada setiap pertemuan anak mata
adalah harapan seperti purnama
binar yang terang mengambang abadi.
Pada setiap kata-kata sederhana
adalah kotaraya dipenuhi cinta
sempurna mimpiku di dalamnya.
Percayakah bahawa
Doa-doaku hari itu telah begitu hampir kepadamu?
Kemudian dihalang Tuhan,
katanya ada doa
yang telah terlebih dahulu memelukmu.
No comments:
Post a Comment