11/06/2014

Sedang Cari Penulis untuk Tanpa Nama!


Tanpa Nama adalah sekumpulan penulis puisi yang bernaung dibawah ZSM.
Sering berkicau di twitter @twt_tanpanama. Mereka bergerak secara berdikari dan turut mempunyai blog sendiri di http://notatanpanama.blogspot.com/.

Tanpa Nama mempunyai satu port rahsia di fesbuk. Dalam port tersebut mereka sering membincangkan aktiviti aktiviti seperti hashtag TN, event puisi, zine. Selain itu mereka sering berbincang mengenai isu isu puisi, tokoh tokoh puisi dan berkongsi ilmu masing masing. Sebagai sekumpulan manusia biasa, mereka juga tidak terlepas dari dosa mengumpat dalam group.

Ya, kami sedang mencari penulis baru untuk memeriahkan kumpulan ini. 

Sebagai panduan, ciri ciri berikut kami berikan supaya tidak ada mana mana pihak yang akan menyesal di kemudian hari;

1. Penulis mestilah tahu menulis puisi, sebabnya ini group puisi, bukannya group pejuang bahasa yang entah mende mende.

2. Puisi yang ditulis pula haruslah menarik dan unik. Kami tak minta puisi yang hebat macam sasterawan kerana kita semua pun masih dalam proses belajar, cuma yang kami mahukan adalah gaya yang tersendiri. Bila kita baca kita tahu "Oh ini mesti puisi brader yang gitu gitu tu". Dan cuba elak pakai ayat yang biasa seperti "aku umpama pungguk yang memandang mu bulan nun jauh di atas sana". Cuba buat kelainan, contohnya "aku umpama budak gemuk sepuluh tahun dengan muka melekap rapat di dinding kaca Big Apple, memerhatikan dirimu The Alien, ciptaan terindah". Contoh je, contoh.

3. Penulis yang bakal mencuba kena bersedia untuk memberi komitmen pada aktiviti aktiviti group Tanpa Nama. Kami ada banyak aktiviti, jadi kalau anda orang yang sibuk, maka elakkan lah masuk. Tak nak ada silent member. Belajar, bekerja? Kami pun, cuma bila kita minat sesuatu benda, sibuk macam mana sekalipun pasti kita luangkan juga sedikit masa untuk buat benda yang kita suka. Kan kan kan?

4. Bersedia untuk belajar, dikritik dan mengkritik. Kalau tak, boleh pergi sambung main twitter.

 5. Anda mesti lah orang yang fun. Maksudnya tak serius macam cikgu disiplin. Sebabnya dalam group ini kami sering bergurau, ala macam famili famili. Gittoh.

Anda menepati ciri ciri di atas? Nak mencuba?

Sila hantar ke kamitanpanama@gmail.com dengan subjek "Join TN".

i. Nama (tak nak anonymous) / Nama glemer kalau anda glemer.
ii. Tweethandle & URL fesbuk
iii. Contoh puisi. 5 buah puisi yang anda tulis sendiri .
iv. Sebab paling jujur anda boleh bagi kenapa nak join Tanpa Nama.

Ya, kami memang demand. Kalau tak suka, kekal tenang dan rileks brader, brader rileks.

6 comments:

Faaeinz said...

teringin nak join!

tapi tak reti plak nak berpuisi macam encek gadis. huhu..

All the best to all pemuisi tanpanama! =)

Kopi Susu said...

mau join juga...!!! tapi nak tulis 2 baris ayat pun mau makan 2 3hari
:((


bulih juin ka?????

NurNiezzaRiena said...

Aku yg sedang minum necafe sering diperhati..
Kamu yg sedang berkaraoke jamban..juga sering diperhati..
Dia yg sedang meratapi pemergian kekasih..kekasih yg sgt disayangi..juga sering diperhati..
Oleh siapa?

Ali Suhari said...

kalaulah aku power berpuisi. sigh. tapi tapi tapi tapi.......

puisi mcm ni layak tak ?

pusisanggila.blospot.com

Anonymous said...

kata tanpa nama.. kenapa tak boleh jadi anon

fee said...

intake ahli baru ni smpi bila? ada tarikh keramat tak?