05/11/2013

tentang semalam yang aku rahsiakan

tentang semalam
yang tiada penjelasan
persoalan tiada jawapan
     perihal perasaan

berat untuk mengungkapkan
terlalu sulit untuk diluahkan
kerna kita tahu, hati bukan mainan
     yang mahu dipertaruhkan

seperti kebiasaan;
aku pilih diam, begitu juga kamu
kerna mengerti, 'kita' bukan ditakdirkan
tidak bisa untuk menyatu

untuk terus berpegangan erat
hingga ke hujung dunia.

No comments: