Penulis: Rasyidah Othman
Penerbit: Jargon books
genre: Puisi
" Kerana aku ini hanyalah separuh dari perempuan-perempuan yang deritanya menggulung ke syurga, dan berpura-pura menjadi utuh "
Walauketikamanapun puisi-puisi dalam buku ini dibaca, kita bisa terjerat dalam perangkap emosi yang disediakan, mahu atau tidak. Kita akan akur, penulis ini telah berjaya. Berjaya membenamkan perasaan pembaca dalam lipatan-lipatan bahasanya. Meskipun kadang-kadang tulisannya membingungkan. Citra yang digunakan ada yang tidak mampu dibayangkan, kita sengaja tidak pedulikan kerana ketika itu kita telah lemas dalam sungai emosi yang deras, yang dalam, yang kita tahu pengakhirannya, kekecewaan.
Perempuan yang patah hati, menampilkan sesuatu. Sesuatu yang dekat dengan diri kita. hal-hal tentang Tuhan, Cinta, Kesedihan dan kesepian yang kebanyakan orang lalui. Setiap aksaranya diatur dan dijalin rapi dengan rontaan perasaannya yang jelas tetapi diselubungi misteri ceritanya.
Selepas helaian terakhir habis dibaca mungkin para pembaca akan tertanya-tanya, Siapakah gerangan penulis ini? bagaimanakah kehidupan hari-harianya sebenarnya? apakah yang telah dia lalui sehingga kekecewaan begitu sebati dalam aksaranya? dan hal lain-lain lagi. Ketika itu, baru kita sedar, Rasyidah Othman telah dipuja.
rating: 3/5
2 comments:
rasyidah...
Kat mana nak beli buku ni?
Kalau boleh tell me thru email.
measyafiqa@gmail.com
Thankyou^^ :)
Post a Comment