seperti enam malam sebelumnya. tidur aku tidak lagi mengikut aturan normal. empuk tilam tidak lagi mudah mendodoi mata. merdu Thom Yorke tidak lagi mampu menghanyutkan mimpi. Aku nekad. Menunggu kamu memula langkah itu umpama menunggu kucing bertelur. yang mana nyata mustahil. Tidak mengapa. Aku mula langkah pertama. biar mereka kata perigi mencari timba. ah apa mereka tahu, ini penangan cinta muda. Dari satu ke satu pesanan ringkas. tak lekang aku senyum bahagia. Cuma aku takut, takut untuk menerima dan membenarkan rasa, kerana kamu terlalu sempurna buat aku yang dah hilang permata.
2 comments:
kucing tidak akan bertelur, kucing jantan punya telur pun cuma tergantung di celah punggung.
umpama. penjelasan pun ada
Post a Comment