26/04/2013

Catatan cinta gadis hina

Dan sel fon itu terus berdering. dia biarkan. dalam nya sudah hilang rasa. keagungan yang dahulu telah pudar malah terendahkan. mungkin faktor semasa, tak juga. yang sebenarnya dia sedang berperang dengan emosinya sendiri. hati dah dibuka untuk yang lain. yang lain yang mana dia tak pernah sangka wujud lagi manusia seperti itu dan yang ajaibnya wujud lagi lelaki yang baik agamanya untuk dia. dek kerana selesa bergelumang dosa, dia menyempitkan akalnya, yang dia hanya layak untuk mereka yang setaraf moralnya. siapa boleh halang kalau dah tertulis bukan itu jodoh dia. kini dia keliru. dalam hidupnya punya tiga jejaka. hebat? ah itu biasa bagi dia. ketiganya amat mencintai dia. cuma bezanya landas cinta. yang pertama dan kedua boleh kata cinta kerana sudah merasa. dan yang ketiga cinta kerana Yang Kuasa. aneh bukan? sudah hina begitu masih lagi wujud jejaka bertiangkan agama buat dirinya. dan kini dia tidak pasti mana satu harus ditinggal dan apa yang harus ditukar ganti.

1 comment:

penjajah minda said...

yang bertiang kukuh itu harus dipilih.agar dapat kau menumpang teduh.