Kornea
mata merakam halus. Segala apa kelakuan dan warna yang menelusuk terus. Angin
cuba damaikan keadaan sedang menghembus. Fikiran ini masih mencari resolusi di
dalam benak awan cumulonimbus.
Perasaan tatkala ini dipenuhi dengan kabus. Buntu untuk aku menghadam semuanya
dengan tembus. Senyum yang tadinya melebar ke telinga padam tanpa perlu aku
kawal akibat refleksi situasi yang menghunus. Bunga ros yang tadinya aku
belikan untuk sebuah kejutan dirancang bagi kau telah terlepas spontan dari tangan
yang menggenggam kemas.
Aku
seluk ke poket membuka kotak merah mengambil sebatang nikotin membakar di
muncung menyedut dalam-dalam dan melepaskan padu serius. Aku terduduk sambil
terus mencerna asap candu yang masih berbaki di arteri pulmonalis. Tika ini
hanya asap tak berbentuk itu yang setia menemani detik celaka hari ini dengan
telus. Beberapa minit dicerna ia habis. Puntungnya aku jentik melayang ke arah
longkang yang beralir deras. Tapi baunya memikat sensori hidung walau bermukus.
Aku bangun, menoleh sekali lagi dan melangkah berjalan terus.
Laki-laki
itu sobatku yang telah lama aku kenal sejak bangku sekolah lepas. Tidak aku
sangka kamu berdua sedang bercanda tanpa selindung sebagai alas. Nyata peristiwa
ni akan tinggal bekas dalam kronologi hidupku yang culas. Aku cuba untuk tidak
balas. Kerna kamu berdua bakal menjadi kandidat tempat aku melampias buas.
Mungkin aku tak mampu kawal amarah yang sedang berkelana dalam sosok entiti
digelar homosapiens punya nasfu sukar dikawal bebas jika aku terusan membalas.
Aku biarkan saja kamu berdua masih bernafas. Aku mungkin seorang pengalah
sedang dikecamuk pelbagai rasa yang menerjah puas. Aliran oksigen dan hiroksida
berkadar aliran deras. Penakut, aku sedang lemas dalam perasan yang sedang
berhembus jelas. Apa aku mampu hanya melihat dari jauh dan pergi meninggalkan
kalian untuk terus bermesra tanpa cemas. Sobat, kekasih aku tinggalkan kerna
keduanya buatku rimas. Biarku sendiri melepaskan sesak nafas, doakan kalian
kekal terus waima aku sedang berperang dengan rasa maha hebat dengan dikit
rasional manusia waras.
Puiih,
sial, salahkan rasa sakit dalam gumpalan darah yang bernyawa, sinis. Dalam tak
sedar juga, ada cecair masin sedang menitis. Menghiris pipi yang kesat tanpa
perlu dilukis. Vertikal simetri sebaris. Mungkin inilah apokalips.
1 comment:
Coming from Api, seperti biasa; power!
Post a Comment