29/03/2013

Dendam

berpaut pada dendam semalam, 
ibarat megunci diri dalam dimensi lama, 
lepaskan dendam, 
maafkan yang khilaf,
keluar,
dan lihatlah dunia,
masih ada indah untuk dirasa

28/03/2013

Setubuh

Aku tidak pernah inginkan sempurna,
Kerana kesempurnaan adalah bibit kesepian.
Yang mengocakkan kolam perasaan.
Melempah sesal jadi derita lalu menghujan.

Sempurna hanya menjadikan kita
saling tidak memerlukan lagi..
saling menyendiri.
saling memati.

Kalau hidup mahu sempurna serba serbinya,
Apa guna Tuhan cipta syurga?

26/03/2013

Katil


Berbaring direntangan kenangan
Berbantalkan gumpal dawai emosi
Tiada lagi hati mengharum bungaan
Memori meneman berdiri disisi.


20/03/2013

Untukmu


Puisi yang aku nukilankan ini,
Untukmu.

Untukmu si bidadari hati,
Yang tak mungkin ada pengganti.

Aku rindu,
Aku sendu.

Pada kau yang sentiasa membelai hangat tubuhku,
Untuk kau yang meninggalkan aku seorang diri.

Aku mengira detik juga waktu.
Untuk menanti hari,
Kapan waktu kita 'kan bersatu kembali.

Lukisan

Telah terlakar di kaki langit;
Bulan pada senyummu

Dan di balik sisi awan
Aku melihat seorang malaikat

Yang kepatahan sayapnya--

Mengapung dan tidak bergerak