09/07/2015

Dendam Kesumat



hiruk pikuk suara manusia belum bisa menelan kacau bilau nanar hati yang berkurun rapi tersimpan. tangis mendayu masih terusan berlagu sepi di sebalik ketawa terlihat. mahu diberhenti tapi dendam deras mengalir seiring pekat darah. janji itu jelas terdengar di kepala ingin dibalas racun juga hempedu. biar kau mati tanpa menjawab maaf dihujung bibir. diajar aku untuk menjadi gila kerana kau menebak aku bisa diam tidak berkutik sedangkan aku menjerut tali di pangkal leher saban waktu harap terus terkubur dari bernafas riang. satu hari, akan
aku pastikan mati suara itu biar tersingkap kisah hitam kita.




- Ryn

No comments: