dia gadis yang berantakan
hitam pahit hidup celaka buat dia
ditinggal dikutip dicampak tendang
meragut hilang seorang gadis diperlu bunda
gadis,
aku tahu kau dihenyak berat
beban
segala lorong gelap kau jejak
seluruh bilik malap kau selak
meneguk titis titis air neraka jahanam.
gadis
aku tahu tidak terbeban aku seperti kamu
cuma gadis,
bundamu menyulam tangis
sadis sejak ditinggalkan hanya kamu dia
dan titis darah bergumpalan.
apa lagi mahu kau laung pada dunia supaya
tertengok pada liuk letuk gerak kamu.
gadis kau menerobos silam
terus dihunggah suram
dipanggil kau bebas
segala itu terbang
kau mendabik dada
menepuk nepuk bangga
atas segala yang dipeluk cium kamu.
cumanya gadis,
dipeluk bangga kamu itu bukan syurga
itu senjata yang kau sendiri mainkan buat meluka
semua disisi yang engkau prejudis pada benci
lihat sudah penuh sungai merah itu dek limpah
sakit bunda.
gadis berhentilah sayang
sejauh mana kau pergi
hati kamu itu milik DIA penuh curiga
atas dosa-dosa penuh tertebar
kau masih gadis dipunya bunda
kembalilah.
1 comment:
buat silelaki?
Post a Comment