30/04/2013

Gadis Bercermin Mata

Seorang gadis ;
Yang wajahnya manis ;
Dan senyumnya magis ;
Bercerita sadis.

Bagaimana setiap malam ;
Dia membasuh kaca matanya ;
Dengan air mata

Kerja doa.

Sehelai doa harum ini
mukhlis dari hati
dibisik berselang esak
melingkari kau yang sedang enak
lena nidera dan terpejam
bermimpi dia yang kau idam.

Dalam Diri



Dengar kata hatimu,
ianya akan membawa kamu ke jalan rahsia.

Pejamkan matamu,
kau akan melihat sesuatu yang tak mungkin dilihat mata kasar.

Bisik dengan lembut,
suaramu akan sampai ke satu dunia tiada garisan.

Buka matamu,
kau jatuh kembali ke dunia asalmu.

cekal

aku ini tidak suka tidur
berlapikkan bantal
kerana--aku antara arjuna yang cekal dan kental.

cukup hanya hidup yang bertemankan selimut dilantai nan usang
sudah bisa membuat aku gersang
menanti pelangi yang enggan mendatang.

aku puas.
puas dengan lena diulit bayang-bayang hitam

aku bahagia.
ibaratnya si kecil yang berlari-lari ceria di tepian pantai
hakikatnya, tidak terhurai.

aku bohong.
aku cuma bahagia dicelah-celah senyuman palsu
yang aku ukir selama aku menahan rindu.

ya. aku seorang penipu yang bijak
yang sering ditindas dan dipijak.
dan aku-----

cekal.
masih tampan.
walau sebagai lelaki simpanan.



29/04/2013

Gelap Warna Matamu Hatiku

Tajam, warna-warna dibawa matamu
hitam, warna-warna dibawa hatiku.

Bersama corak-corak
bersama porak-porak
membentuk sebuah
membuah sebentuk;
figura nestapa
dimensi nostalgia.

Yang memaku jiwa
yang menghiris luka,
halus melintasi
kasar menghantui
roh ini.

Lalu aku calitkan
berlembar aku contengkan;
biru keruh dan ungu ngilu
putih suram dan hitam tenang.
Biar teguh biar tegap
sampai masanya
sampai detiknya
kita masih dalam gelap
mencuba-cuba percayakan cahaya.

Namun kita terlupa
akan hadirnya bayang
mendampingi di setiapnya ruang
memenuhi di setiap dimensi--
patuh menanti, tunggu disedari
menahan peri, menghitung sepi.

Tetap ingin ada, walaupun gelap
akan terus mengikuti, saban hari
melanggar garis realiti, mengejar ilusi
mencari kita yang masih bermimpi.

Dan kita terus setia
menulis rangkap-rangkap puisi
yang entah bila
'kan berakhir.



nota kaki: puisi duo bersama Aiman Abdul Rahman

28/04/2013

Sebuah Pengakhiran


Desir angin membelah segala
Dentum bumi menggegar mimpi
Detik waktu merangkak ke syurga
Hitam menelan terlenyap realiti

Kosong--

Lompong--

Nafas kedua
antara dua hala.

15:14, 7 April 2013.

Jalan Kenagan



Berjalan di tempat yang sama. Setiap hari tanpa jemu. Dia akan menyusuri jalan itu. Sudah menjadi kewajipan buatnya melalui jalan itu. Jalan di mana semua kenangan bersandar. Di situ, dia dapat merasa berada dalam pelukan rindu sang kekasih .Di jalan yang sama kisah mereka berputik. Berilah dia masa buat dia merasa berada dalam pelukan hangat kenangan. Kerana, sang kekasih sudah lama hilang dari kehidupn. Di jemput ajal yang membawa perpisahan abadi. Dia bukan gila, hanya perlu di beri sedikit masa untuk membangkitkan semagat. Seblum dia makin larut dalam kerinduan yang dalam.

Rahsia

setiap zarah yang bertebaran,
ku cuba kutip,
bisikan segala rasa,
melepaskan ia kepelusuk dunia,
bertebaran melata, 
membawa segala rahsia,

26/04/2013

Catatan cinta gadis hina

Dan sel fon itu terus berdering. dia biarkan. dalam nya sudah hilang rasa. keagungan yang dahulu telah pudar malah terendahkan. mungkin faktor semasa, tak juga. yang sebenarnya dia sedang berperang dengan emosinya sendiri. hati dah dibuka untuk yang lain. yang lain yang mana dia tak pernah sangka wujud lagi manusia seperti itu dan yang ajaibnya wujud lagi lelaki yang baik agamanya untuk dia. dek kerana selesa bergelumang dosa, dia menyempitkan akalnya, yang dia hanya layak untuk mereka yang setaraf moralnya. siapa boleh halang kalau dah tertulis bukan itu jodoh dia. kini dia keliru. dalam hidupnya punya tiga jejaka. hebat? ah itu biasa bagi dia. ketiganya amat mencintai dia. cuma bezanya landas cinta. yang pertama dan kedua boleh kata cinta kerana sudah merasa. dan yang ketiga cinta kerana Yang Kuasa. aneh bukan? sudah hina begitu masih lagi wujud jejaka bertiangkan agama buat dirinya. dan kini dia tidak pasti mana satu harus ditinggal dan apa yang harus ditukar ganti.

Penangan


dulu dia mawar berduri.
cantik dipandang sukar dipegang.
tapi sayang.
duri tumpul lalu lekang.
makin mudah untuk dipegang.
dibelek ramai orang.
lepas sorang lalu sorang.
hingga kering madu di kontang.

kini dia sedar diri terhina.
terus lupa apa pahala apa dosa.
tapi Tuhan masih sayangkan dia.
di kirimkannya satu jaka.
jaka tampan, penyegan, kuat agamanya.
sekali pandang terus ingin hidup bersama.
bukan hanya untuk bersuka suka.

nah ini dia Si Dia tunjuk kuasa.
meski sering di lupa manusia, 
diberi kesempatan untuk umatNya,
bertaubat tunduk pada Yang Esa.

Muda mudi

seperti enam malam sebelumnya. tidur aku tidak lagi mengikut aturan normal. empuk tilam tidak lagi mudah mendodoi mata. merdu Thom Yorke tidak lagi mampu menghanyutkan mimpi. Aku nekad. Menunggu kamu memula langkah itu umpama menunggu kucing bertelur. yang mana nyata mustahil. Tidak mengapa. Aku mula langkah pertama. biar mereka kata perigi mencari timba. ah apa mereka tahu, ini penangan cinta muda. Dari satu ke satu pesanan ringkas. tak lekang aku senyum bahagia. Cuma aku takut, takut untuk menerima dan membenarkan rasa, kerana kamu terlalu sempurna buat aku yang dah hilang permata.

23/04/2013

Dansa

Kita berdansa di lantai tari
Dalam khayalan kita sendiri

Jemari bertaut
Tubuh semakin merapat
Magisnya makin hebat

Dan saat ini,
pastinya kita sedang berpeluk
dengan sebuah nikmat



22/04/2013

Swallowed


I was in the car
And I was silent
And I...

I swallowed my pain
I swallowed my tears

I was afraid.
I was alone!
Where were you when I needed someone the most???

I swallowed my pain 
I swallowed my tears

But deep inside
I was drowning in the tears stream full of darkness.

21/04/2013

Find me

I'm feeling down
to the bottom of the ground
not making any sound
lost; and won't be found.
In the face - a good clown,
in the heart - a deep frown.

sa-orang

Hai dunia
Mari ketawa atas duka
Tangis itu terlalu biasa
Buat yang lahir untuk diluka
Bukan pasak salah pada Tuhan
Bukan coret sakit pada langit
Ke semua apa di depan rejam
Rasanya tetap sa-orang

sudah

Diam sudah hilang bicara. Bicara bingit sudah sunyi. Sama rasa sudah mati.

Semut

Yang berlagak
                      Sulaiman
       Bakal Penyek

dipijak       
TUHAN!


Wajah


Adalah topeng
      paling sempurna.

Tango


Minggu ini,
minggu kematian.
Kalau hati tiada lunak lagi.
Menarilah atas kuburan

20/04/2013

If


If I was not enough to be someone in your life,
Why you made me exist in this world?

If I was not someone you could love,
Why you made me?

If I was not someone you could care,
Why you made me suffers?

If I was not someone you hate,
Why you left?


Boneka


asalnya boneka lusuh
tertaut pada benang opera
yang seakan-akan hidup
yang bahagia dipermainkan

atas pentas seluas Dunia
cinta pelihat teraih
lintasan lagu melankoli
sayu mengalun benang opera
yang melakonkan roman terakhir cinta
karya pengakhiran sang boneka

pernah,
pada titip si pemain itu
ia bertatih menari
bawah gugurnya daun-daun waktu
yang bertimbun indah
membentuk astana cinta
si pemain dan boneka
bahagia...

pernah,
pada titip si pemain itu,
ia dongak ke langit 
melakar gambaran syurga
hingga tuntas tinta pena.
yang sempat terlukiskan
hanya mimpi-mimpi
sang boneka

derasnya sungai waktu
menghanyut semua
mencipta semua
lebih indah
lebih derita

diam boneka itu
menari terus di zamannya
tanpa pemain
tanpa benang opera
hanya pelihat yang setia

mungkin si pemain lupa
pada pukalnya naskah-naskah cinta pelihat.
pada gemuruh dentuman tepuk terpukau
bonekanya hidup.
dan terus hidup



| Nostalgia, 150609

Retreat


Tunggulah,
Suatu hari nanti,
dibawah atap nilanya langit dan seri mentari. 
Embun kan menemani pagiku, 
dalam peluk hijau-hijau bumi.
melarut dalam hembusan bauan daun
dan hening dingin bayu
perlahan.
lahan

hinggakan alam pun berbisik,

"datanglah, dan temuiku dahulu"

lust


 ...Dalam sedetik itu,
                        hanya sedetik,

                   Aku terpenjara...
                                   dalam renunganmu.
                             
                  ...lalu kumendengar,
                                   Dunia terkekeh
                       ketawa.

syaitan


kenapa perlu kita bersusah payah dengan kehidupan,
Jika dengan tiba-tiba segala usaha direntap kematian?

19/04/2013

Pilih


Jadi sekarang pilih ;

Untuk terus tunggu saatnya telan kemanisan,

atau hilang rasa terus-terusan.

tigaratusenampuluhdarjah


biar aku pusing tiga ratus enam puluh darjah

pusing situ
pusing sana

kembali ke asal juga.

penat teroka
penat jelajah

aku tetap rasa yang asal paling selesa

biar aku pusing tiga ratus enam puluh darjah

pusing situ
pusing sana

kembali ke asal juga.

18/04/2013

Gadis Kecil


Gadis kecil itu hanya mampu memandang.
Gadis kecil itu hanya mampu tergamam.

Melihat kekejaman berlaku di hadapan mata.
Melihat sang ibu disakiti tanpa belas.

Ada penyesalan.
Ada kesedihan.

Kalau saja gadis kecil itu gagah seperti lelaki itu.
Sudah tentu gadis kecil itu akan melindungi ibunya.

Kalau saja gadis kecil itu memahami apa yang terjadi.
Mungkin sahaja waktu itu gadis kecil itu sanggup membunuh.

Dan kekejaman yang terlihat oleh si gadis kecil itu.
Menjadi mimpi-mimpi ngeri yang menghantui hidupnya.

Bertahun-tahun.
Tak pernah pudar.

Bertahun-tahun.
Menyakitkan.

Bertahun-tahun.
Terpenjara.

Bertahun-tahun.
Jiwanya mati.


17/04/2013

Mata mati

Mata ;
Yang tidak mencintai puisi
                      Adalah mata ;
        Yang tidak punya hati

Bayi Suci




Melihat wajah bayi yang suci
Sememangnya penawar duka hati.

Bayi yang sangat jernih hatinya
Bila gembira ketawa
Bila sedih menangis
Genggaman tangannya yang lembut di jari kita

Bawa perasaan indah tak terkata.
Sungguh segala sakit hilang tatkala hanya ada bayi yang suci.

Dikala ini,
Perasaan ingin menjadi seorang ibu membuak.

07/04/2013

Apokalips



Kornea mata merakam halus. Segala apa kelakuan dan warna yang menelusuk terus. Angin cuba damaikan keadaan sedang menghembus. Fikiran ini masih mencari resolusi di dalam benak awan cumulonimbus. Perasaan tatkala ini dipenuhi dengan kabus. Buntu untuk aku menghadam semuanya dengan tembus. Senyum yang tadinya melebar ke telinga padam tanpa perlu aku kawal akibat refleksi situasi yang menghunus. Bunga ros yang tadinya aku belikan untuk sebuah kejutan dirancang bagi kau telah terlepas spontan dari tangan yang menggenggam kemas.

Aku seluk ke poket membuka kotak merah mengambil sebatang nikotin membakar di muncung menyedut dalam-dalam dan melepaskan padu serius. Aku terduduk sambil terus mencerna asap candu yang masih berbaki di arteri pulmonalis. Tika ini hanya asap tak berbentuk itu yang setia menemani detik celaka hari ini dengan telus. Beberapa minit dicerna ia habis. Puntungnya aku jentik melayang ke arah longkang yang beralir deras. Tapi baunya memikat sensori hidung walau bermukus. Aku bangun, menoleh sekali lagi dan melangkah berjalan terus.

Laki-laki itu sobatku yang telah lama aku kenal sejak bangku sekolah lepas. Tidak aku sangka kamu berdua sedang bercanda tanpa selindung sebagai alas. Nyata peristiwa ni akan tinggal bekas dalam kronologi hidupku yang culas. Aku cuba untuk tidak balas. Kerna kamu berdua bakal menjadi kandidat tempat aku melampias buas. Mungkin aku tak mampu kawal amarah yang sedang berkelana dalam sosok entiti digelar homosapiens punya nasfu sukar dikawal bebas jika aku terusan membalas. Aku biarkan saja kamu berdua masih bernafas. Aku mungkin seorang pengalah sedang dikecamuk pelbagai rasa yang menerjah puas. Aliran oksigen dan hiroksida berkadar aliran deras. Penakut, aku sedang lemas dalam perasan yang sedang berhembus jelas. Apa aku mampu hanya melihat dari jauh dan pergi meninggalkan kalian untuk terus bermesra tanpa cemas. Sobat, kekasih aku tinggalkan kerna keduanya buatku rimas. Biarku sendiri melepaskan sesak nafas, doakan kalian kekal terus waima aku sedang berperang dengan rasa maha hebat dengan dikit rasional manusia waras.

Puiih, sial, salahkan rasa sakit dalam gumpalan darah yang bernyawa, sinis. Dalam tak sedar juga, ada cecair masin sedang menitis. Menghiris pipi yang kesat tanpa perlu dilukis. Vertikal simetri sebaris. Mungkin inilah apokalips.

kelopak terakhir

...dan kelopak terakhir jatuh.
Seiring titis air dari sepasang mata buta.
Buta pada realitinya palat.
Virus menular pada hati.

        Dibiar sepi lalu berbaring atas tilam metafora.
        Yang warnanya hambar.
        Walaupun hanya separuh darinya pergi.
         Dia berbaring dan menunggu separuhnya lagi lesap,
         bersama bayu gelap.

03/04/2013

Aku mahu Bebas

Maaf,
Andai yang dibuat,
Meranapkan jiwamu,
Sedari ini aku,
Aku yang suka bebas,
Mahu merasa dunia semua,

Persis Binatang

Manusia,
Kini persis binatang,
Lalu binatang mahu seperti apa?
Adakah darjat sudah terkalih,
Sedang manusia makin rakus dalam topeng binatang,
Sudah lucut malu,
Persis binatang,
Bisa bogel merata,
Tiada akal,
Nafsu semata,
Memperhambakan segala pada dunia,
Kalah pada turutan hati.


Fobia


Segala yang indah aku semai dalam jiwa
Tapi kau datang carik-carik setiapnya
Sekarang aku tak endah segala keindahan
Takut kau kembali datang memporak-perandakan

aku, fobia.

Terik.

Mentari;
Mohon kau melangkah pergi
Jangan sesekali kau kembali
Tidak ku tahan terikmu lagi
Jangan kau tambah perit dihati
kerna mulut ini sedang ringan hendak memaki
buat kau yang tak sedar diri.




01/04/2013

Aneh

Selalu terkurung,
namun tak pernah berkurang --

Rindu



Lastik langit

Apabila engkau ikhlas
Bertarung dan bertingkah
Serta benar-benar berjuang
Atas nama kebenaran

Maka sesungguhnya engkau nantinya akan hidup dengan penuh keseorangan

Tuhan sedang tidur

Sebuah malam yang hening
Serta lukisan yang cair
Dan raja ; yang kepatahan siong
Ahli-ahli tirani
Melempias sihir
Pada sekengkang langit mairat

Perhatikanlah!
Tuhan sedang tidur

Introducing Hanis Anuar (DISAS Merbok) as Astoy

Sejak bilakah engkau tidak pernah melintas dalam letrik mindaku?
Sejak bilakah engkau tidak pernah mengkhayal dalam larik mataku?
Sejak bilakah engkau tidak pernah menjadi sajak terindah nukilanku?

Sejak bilakah engkau tidak pernah menjadi kelip-kelip
Yang mana cahayanya sentiasa dicari-cari
Dikejar-diburu


Sejak bilakah rautmu tidak pernah menjadi sumbu?

Sejak bilakah?

Sejak bilakah, Astoy ; aku pernah melupakanmu?